Ads 468x60px

20.7.10

Badan Kecik Tapi Nak Belagak Samseng !

Share On Facebook

Bila jalan-jalan ke sungeiwang ke, uptown ke, downtown ke, aku terpandang sekumpulan remaja-remaja yang aku rasa linkungan belasan tahun, yang menjadi tanda tanya di sini, kenapa gaya dan perangai mereka belagak ala-ala samseng? tak sedar ke badan tu kecik!
boleh pula buat kecoh depan orang ramai, gaduh-gaduh bajet ada orang nak respect.

Yang menjadikan aku malu adalah kebanyakkan budak-budak yang ala-ala samseng ini berbangsa melayu. Dengan pakai spek mata besar, suara pun nak tiru serak-serak ala gangster luar negara, jalan pun nak berkepak sedangkan di tubuh tiada susuk otot pun, pandang orang tua pun tiada rasa hormat.

Hoi budak!, kau fikir dengan cara kau belagak hebat, masa depan kau akan terjamin? Sedarlah, kau tu budak lagi, mak-bapak masih beri duit belanja sekolah, tidur pun di rumah mak-bapak, kalau masih bersekolah buat cara bersekolah, jangan bajet kau dah bekerja.

Wahai budak-budak sekarang, berubahlah dari sekarang, belum pasti dengan perangai belagak gangster tu menjamin korang dapat kerja!

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Artikel Terkini :