Ads 468x60px

16.7.12

Momok Jangan Cari Pasal Filem Paling Bangang!

Share On Facebook


Filem momok telah ditayangkan pada 12 julai 2012 lalu, bagi filem momok ni memang aku follow dari yang mula-mula keluar sehinggalah yang terkini, pengarahnya sama, siapa lagi kalau tak lain tak bukan anak kepada seniwati Sarimah Ahmad iaitu M.Jamil, ya aku mengaku suka menonton filem momok yang sebelum-sebelumnya walaupun kualiti filemnya tak seberapa, boleh dikatakan ada jugaklak jalan ceritanya, tapi bagi filem terbaru yang diberi tajuk "Momok Jangan Cari Pasal", filem yang menjadi mimpi ngeri bagi seorang kaki wayang tegar seperti aku.

Apa yang aku nak ulaskan disini adalah bagaimana filem ini boleh dijadikan filem dan terlepas untuk ditayangkan di pawagam? sedangkan filem ini tiada jalan cerita yang menarik, kualiti gambar yang sangat buruk (dah macam format 3gp), CGI tahap budak darjah 6 mula mengenali video editing, dengan sistem bunyi karaoke kenduri kahwin dan poster yang rasanya untuk pertandingan melukis kanak-kanak umur 5 tahun.

Sebelum ini aku ada menonton sebuah filem bertajuk "Baik Giler" lakonan pelawak popular Zizan Raja Lawak, aku boleh katakan filem tersebut juga adalah filem sampah, tetapi yang lebih sampah adalah filem MOMOK JANGAN CARI PASAL! aku sendiri tak tahu apakah kategori atau spesifikasi untuk filem ini? nak kata lawak, tak lawak langsung, nak kata seram tak seram langsung, nak kata bangang, yaaaa memang bangang nak mampus. filem yang syok sendiri seperti ini sepatutnya ditayangkan di tv sahaja dan tetapkan masa tayangan pada jam 3 pagi, itu yang paling tepat.

"Momok Jangan Cari Pasal", tajuk yang sedap bunyinya, tapi siapakah yang cari pasal? momok atau penerbit, pengarah, pelakon yang cari pasal??? kalau macam inilah filem tempatan yang akan diterbitkan lagi dimasa akan datang, aku rasa satu hari nanti hanya bunyi cengkerik sahaja yang dengar di pawagam tayangan filem tempatan.

Bukan nak kutuk filem tempatan, aku support juga filem-filem tempatan, seperti filem-filem dari hasil kerja Syamsul Yusof , Pierre Andre, dan Name Wee, filem mereka ini yang aku rasa belum pernah bosan untuk tengok, tapi filem terkini dari syarikat metrowealth dah makin rasa kurang untuk tengok, sebab hanya memfokuskan artis-artis cantik dan pelakon yang sama sahaja yang jadi hero / heroin.

Ada diantara pembackup filem tempatan yang hanya mampu menjerit dan menyokong industri filem tempatan tetapi tak pergi pun menonton, hanya support kerana orang tempatan yang buat, bagi aku tak kisahlah tempatan atau tidak, tapi kalau buat filem macam haram jadah, memang aku tak support, aku keluarkan duit untuk menonton filem-filem dipawagam dan aku layak untuk mengutuk filem sampah-sampah yang macam ini.

Ini antara review lain dari blogger mengenai filem sampah Momok Jangan Cari Pasal

1 - http://buahmulut.com/xtvt/2012/07/15/momok-jangan-cari-pasal-menjengkelkan/

2 - http://www.kakiwayang.com/filem-2012/momok-jangan-cari-pasal-lebih-teruk-dari-2-alam.html

3 - http://belogyangsimple.blogspot.com/2012/07/aku-tumbuk-jugak-momok-ni-karang.html



p/s: belum pernah tertinggal satu pun filem kat pawagam Malaysia dari bulan 1/2012, harap complete sampai bulan disember...

6.7.12

Review Filem 8 Jam

Share On Facebook

filem aksi tempatan yang trailernya berkumandang di pawagam selama setahun tak lain tak bukan filem yang bertajuk 8 JAM, aku ingat filem 8 jam adalah sebuah filem yang berdurasi 8 jam tetapi cuma 1jam suku saja hehehe,

Untuk filem aksi ini aku rasa jalan ceritanya bolehla untuk layan kepala yang taktau nak buat apa, jalan cerita menggunakan flashback, dan 8jam tersebut adalah masa yang tinggal untuk Alang Budiman (sam) ke tali gantung, nak tau kenapa dia kena gantung, korang tengok sendiri!

p/s: asik orang sama je yang berlakon, bosan giler der



4.7.12

Review Filem Baik Giler

Share On Facebook

Rasanya Filem lakonan pelawak terkenal Zizan Razak yang diberi tajuk baik giler sangat la tak baik kerana filem sebegini rupa sangat membazir, dah la jalan cerita terumbang-ambing, tak lawak pulak tu, kualiti gambar pun rendah, kalau nak buat duit pun, buat la filem yang menarik sikit, aku rasa ini la filem 2012 yang paling aku menyampah, dan membazir.

p/s: betul kata pak jabit "dah macam takda modal industri filem tempatan ni"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...