Ads 468x60px

22.6.11

Gift Away Dari BroFramestone Buat Pengguna Advertlets

Share On Facebook

Hai kepada yang membaca blog aku, kali ini aku nak join giveaway dari Broframestone tentang Advertlets.

bom321 advertlets
(Ini gambar Broframestone bersama-sama cewek imut bangat,
kenapa bukan aku yang berada ditengah-tengah tu...)



Screenshot Daily Earning Advertlets aku.

bom321 advertlets



Beberapa pendapatan yang telah diterima.

bom321 advertlets

Pengalaman Dengan Advertlets:

Aku mula sertai Advertlets pada Mac 2010 dan pernah berputus asa kerana tidak dapat pembayaran lebih dari 3 bulan, walau bagaimanapun aku tetap menunggu pembayaran dari Advertlets dan sememangnya pembayaran untuk aku tetap ada cuma agak lambat.

Apa yang boleh dikatakan disini, Advertlets memberikan pendapatan yang amat lumayan berbanding Nuffnang, Jika Impression blog korang tinggi sememangnya digalakkan menggunakan Advertlets dan semestinya korang akan masyuk!

So sekarang tidak jadi masalah Advertlest untuk memberi pembayaran kepada aku, dan aku pun dah dibayar berkali-kali, kepada yang dah buat artikel "Adverlets tak bayar blogger" tu ibarat anda menolak rezeki yang menunggu.

Aku juga pernah ditawarkan oleh Josh Lim (Manager Advertlets) untuk mendapat Eksklusif publisher dimana boleh menerima sponsored post dan sponsore tweet program.
Tetapi dengan syarat perlu membuang periklanan yang lain. walau bagaimana pun aku belum bersedia untuk menerima syarat tersebut.

So buat masa ini, sememangnya Adverlets memberikan pendapatan yang lumayan sehinggakan aku boleh cashout setiap 4-7 hari. InsyaAllah mana tahu ada rezeki lebih, setiap hari boleh cashout.

Pengalaman Menarik Dengan Advertlets:

Pengalaman menarik semestinya pembayaran yang tinggi, disamping itu Manager Advertlets Josh Lim juga selalu memberikan feedback untuk setiap pertanyaan.

Pengalaman Kurang Menarik Dengan Advertlets:

Sememangnya ramai yang dah tahu, Advertlets agak lambat membayar pendapatan, tetapi pembayaran tersebut tetap diterima. (Kepada yang belum terima pendapatan, anda jangan mudah berputus asa, ada rezeki, duit terus masuk dalam bank anda...)

Konklusinya:

Advertlets memang terbaik dari segi kuantiti dan pendapatannya, Nuffnang terbaik dari segi komunitinya, Innity terbaik dari segi rangkaiannya.

So kepada sesiapa yang nak join giveaway broframestone ni, Jom ke sini:
Give Away Broframestone Untuk Pengguna Advertlets

16.6.11

Laman GengBlogger Di Godam

Share On Facebook

Laman GengBlogger Di Godam

Semasa aku mahu melayari laman gengblogger.com sekitar 6.30 tadi terpapar satu gambar wajah seperti logo hacker anonymous (lihat gambar di atas), siap bagi link semua list blog dibawah laman gengblogger. tidak pasti siapa yang melakukan godaman ini.

"focusing on popular blogger only? promote then too ***..."


15.6.11

Adakah SKMM Telah Membuat Kajian Sebelum Menyekat Laman Muat Turun?

Share On Facebook


Laman muat turun telah disekat oleh SKMM bermula semalam, antara laman yang disekat adalah laman muat turun popular iaitu megaupload.com, Adakah SKMM telah membuat kajian sebelum menyekat laman muat turun?

Disini aku memberikan 2 situasi mudah kesan penyekatan laman muat turun, sebelum itu perlu diingatkan laman muat turun bukan satu-satunya laman untuk muat turun video, filem dan lagu, sebaliknya digunakan oleh orang ramai untuk menghantar sesuatu fail / dokumen/ tugasan dalam saiz yang besar.

SITUASI 1 :
Jika seorang individu menggunakan laman megaupload.com sebagai laman utama membuat perkongsian maklumat / tugasan dalam hal pekerjaan. Individu A yang sedang berada di Amerika menghantar maklumat kerja (penting) kepada Individu B yang sedang berada di Malaysia melalui laman megaupload.com (pakej perkhidmatan premium - berbayar), bagaimanakah Individu B ingin menerima maklumat/ tugasan tersebut?
jika anda ingin menjawab "pakailah laman lain", itu bukan sesuatu yang bijak kerana hak pengguna untuk memilih khidmat terbaik.

SITUASI 2 :
Jika Individu telah membeli pakej perkhidmatan premium (berbayar) secara sah untuk penggunaan selama 2 tahun dengan nilai rm300, apakah yang akan diterima oleh individu tersebut ? KERUGIAN?

Adakah SKMM telah mengkaji 2 situasi ini sebelum menyekat laman muat turun?



9.6.11

Review Filem KL Gangster

Share On Facebook



Semalam aku menonton filem KL Gangster pada jam 11.55pm di wangsa walk mall, aku ingin memberikan review pendek tentang filem ini.

Sedikit pengenalan tentang filem KL Gangster:

Sinopsis pendek:
Filem ini berkisarkan tentang kumpulan kongsi gelap yang merebut kawasan untuk perniagaan haram mereka, perebutan kawasan dan pangkat mencetuskan pergaduhan antara samseng yang juga adik-beradik.

Filem ini dilakonkan oleh:
Aaron Aziz Sebagai Malek
Adyputra Sebagai Jai
Zizan Sebagai Fadil
Syamsul Yusof Sebagai Shark
Ridzuan Hashim Sebagai King
Shoffi Jikan Sebagai Jib
Adam Corrie Sebagai Dragon

Filem ini dikatakan SANGAT MENARIK kerana:
Padat dengan aksi berlawanan yang tangkas.
Tiada kisah percintaan.
Tiada waktu lengah.
Watak-watak gangster yang menjadi.
Lawak selamba dari Zizan Raja Lawak
Lengkap, terdapat unsur sedih, lawak dan aksi.

Walaupun berdurasi hanya 1 Jam 15 Minit, tetapi akan rasa seperti sedang menonton filem yang berdurasi 2 Jam 30 Minit.

Aku bagi 4/5 untuk filem ini.




Respek dengan Syamsul, Sambil mengarah boleh berlakon!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...