Ads 468x60px

30.11.10

Menonton Filem The Social Network Tajaan ManggaAd

Share On Facebook

Menonton Filem The Social Network Tajaan ManggaAd

Pada 8.30 malam Mr.BOM321 berkesempatan menonton filem The Social Network di Pawagam TGV Sunway Pyramid bersama 4 orang rakan yang ditaja oleh sebuah syarikat pengiklanan untuk blog yang popular masa kini iaitu ManggaAd, setibanya di TGV, ramai blogger sudah berkumpul untuk mendapatkan tiket, tayangan bermula jam 9 malam.

The Social Network memaparkan kisah seorang pelajar Harvard iaitu Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya membangunkan laman rangkaian sosial terkenal Facebook. pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Mark untuk membangunkan Facebook, sebelum lahirnya Facebook, Mark telah membangunkan sebuah laman Facemash.Com yang menjadi kontroversi di Harvard sehinggakan berbagai tindakan displin dikenakan ke atas Mark, setiap ketekunan yang dilakukan untuk membangun Facebook diakhiri dengan pencapaian Mark sebagai seorang Billionaire

Perwatakan yang agak selamba dibawakan oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg membuatkan penonton tertawa, filem ini amat sesuai ditonton oleh pelajar, graduan, atau sesiapa sahaja yang meminati bidang IT, filem ini juga menjadi inspirasi Mr.BOM321 untuk meneruskan minat dalam rangkaian sosial.

Terima-kasih ManggaAd kerana menaja...

22.9.10

Kenapa Perempuan Merokok?

Share On Facebook

Kenapa Perempuan Merokok?

Tadi sempat pergi melepak sekejap di NZ berdekatan KLCC, rata-rata yang pergi melepak kebanyakkannya pemuda yang baru balik berhibur dari kelab malam berdekatan, boleh dikatakan 70% perempuan yang melepak di restoran mamak terbabit menghisap rokok, yang menjadi persoalan disini, kenapa perempuan merokok? apa yang golongan ini mahukan? adakah ingin menjadi seorang lelaki? atau pengaruh kawan? atau menunjukkan perempuan ini setaraf lelaki? atau pun mahu menunjuk gah pada mata lelaki?

Kenapa Perempuan Merokok?

Boleh sesiapa beri jawapan di komen ?...

21.9.10

Blog BOM321 Kembali Pulih !

Share On Facebook

2 Hari lepas kecoh pasal banyak blog yang dihinggap Malware, apa-apa pun blog bom321 telah pun kembali pulih seperti biasa, kepada yang menggunakan Mozilla Firefox ,jika status Mozilla Firefox masih menunjukkan "REPORTED ATTACK PAGE!", klik sahaja text "Ignore This Warning" kerana blog bom321 tidak mengalami sebarang serangan Malware.

Ikut gambar dibawah.
Blog BOM321 Kembali Pulih, Boleh Layari Sekarang !
klik pada text "Ignore This Warning".

Untuk mengelakkan anda tidak dapat melayari blog-blog yang masih disekat oleh Mozilla Firefox sila setting semula firefox anda seperti berikut
Mozilla Firefox > Tools > Option > Security > UNTICK PADA "Block Reported Attack Site".
Ikut gambar dibawah
Blog BOM321 Kembali Pulih, Boleh Layari Sekarang !

terima kasih kepada yang sudi memberi sokongon kepada Mr.BOM321.
jom ke Blog BOM321

20.9.10

Blog BOM321 Di Serang Malware !

Share On Facebook



Blog BOM321 tergendala sementara akibat serangan Malware,
kemungkinan virus ini datang dari salah satu iklan yang terdapat di blog BOM321,
walau apapun Blog BOM321 akan diperbaiki secepat yang mungkin.
Terima Kasih Kepada Pengunjung Blog BOM321


30.8.10

Kisah Nenek Selepas Tarawikh !

Share On Facebook


Seperti pada kebiasaan masjid, semestinya selepas solat sunat tarawikh terdapatnya sedikit jamuan ringan di hidangkan kepada hadirin dan jemaah, setelah selesai jamuan makan, aku pun meringankan tulang untuk membantu untuk mengangkat dulang kuih-muih dan mengemaskan apa yang perlu, semasa hendak mengambil dulang di khemah jamuan makan perempuan, terlihat seorang nenek seperti sedang menunggu seseorang, dihadapan nenek terhidang 3 dulang kuih muih yang tidak abis dijamah, dan 1 cerek air teh yang masih penuh, bermulalah dialog antara aku dan nenek...

Aku: nek, tunggu orang ke?

Nenek: takdelah, saja rehat-rehat kat sini kejap...

Sedang aku ingin mengangkat dulang yang masih berisi kuih-muih, nenek bertanya pada aku...

Nenek: kau nak buat dengan kuih muih tu

Aku: Nak cuci dulang ni...

Nenek: Abis kuih tu?

Aku: saya buang la nek, mana ada orang nak makan lagi..

Nenek: Ish! kesian kuih tuuuu... kenapa kau tak bungkus bawak balik...

Aku: saya tak suka nak bungkus2 ni, lagi pun orang masjid pun takde yang nak...

Nenek: Ish! tak baik buang kuih tu, meh bagi nenek 5 biji kuih ....

Aku: Ambiklah nek...

Aku menghulurkan sedulang kuih kepada nenek, lantas nenek mengeluarkan satu pelastik besar yang berukuran pelastik membeli belah Tesco dari beg tangannya, dengan selamba nenek memasukkan 3 dulang kuih yang tidak abis kedalam plastik yang dibawanya Aku pun nerkata dalam hati "nenek itu bercakap ingin mengambil 5 biji kuih? atau aku ke yang pekak", aku pun membiarkan nenek itu membungkus kuih muih tersebut, dan selepas itu aku pun memanggil seorang rakan aku untuk mengangkat cerek yang masih dipenuhi air teh, nenek pun berkata pada aku...

Nenek: kau nak bawak kemana air tu?

Aku: nak basuh cerek ni nek!

Nenek: Ish, kan banyak lagi air dalam tu...

Aku bercakap dalam hati "aik, bila masa pulak dia tinjau dalam cerek ni"

Aku: saya buang je nanti nek

Nenek: Ish! membazir! bak sini cerek tu

Aku pun memberi cerek pada nenek, nenek mengambil lagi plastik yang memang untuk membungkus air seperti kebiasaan di kedai makan di dalam beg tangannya, aku sempat skodeng dalam beg tangannya, apa yang ada hanyalah gompolon plastik mengisi makanan dan air, setelah nenek menuang air kedalam plastik-plastik yang dibawanya, nenek itu terus pulang baru aku tau kenapa nenek menunggu disitu, rupanya nenek mahu bungkus makanan.
bagus juga nenek itu mengambil kuih dan air, takdelah aku nak kena buang-buang, dan pada hari itu nenek masih kelihatan sama seperti sediakala, tapi kali ni di tak perlu buat-buat tanya pasal kuih kerana AKU SENDIRI YANG BUNGKUS UNTUK NENEK!

p/s : nenek tu bukan nenek aku!

3.8.10

Owner RedTube Komen Di Blog Aku ?

Share On Facebook

Admin RedTube Komen Di Blog Aku !
Tadi dapat komen dari seorang yang mungkn boleh dikatakan "pengecut" dan kemungkinan ada sifat kedengkian dalam dirinya kerana memberi komen yang bersifat kebencian tetapi tidak diberikan identiti sebenar, apa yang di tinggalkan hanyalah link satu laman Porno terkemuka redtube.com.
Dengan komen yang menyatakan "gambar yang dipostkan di blog adalah gambar curi dari google di letakkan watermark sendiri".

apa yang sebenarnya sepengkomen ini nak suruh aku buat? ke nak suruh aku letak watermark redtube.com pada gambar-gambar di blog aku? Ke aku dah terambil gambar di redtube.com memang kebiasaan blog-blog akan mengambil sumber dari enjin pencarian popular termasuk juga google. sendiri cari sendiri post, pandai-pandailah search.

Nak tanya dekat si pengkomen , kenal ke siapa pemilik asal gambar-gambar yang tersimpan di Google? dan kenapa perlu letak laman porno masa komen? apa-apapun terimakasih kerana sudi lawat ke blog BOM321 sekurang-kurangnya 1 unik visitor dari anda...

2.8.10

Award Dari Teacher Adila (Diela Yusof)

Share On Facebook

award blog bom321

Terima kasih kepada Teacher Adila (Diela Yusof) yang sudi memberi aku award, dengan adanya award ini bererti ada juga yang sudi singgah blog bom321 yang tidak seberapa ini. jangan lupa layari blog hiburan bom321

20.7.10

Badan Kecik Tapi Nak Belagak Samseng !

Share On Facebook

Bila jalan-jalan ke sungeiwang ke, uptown ke, downtown ke, aku terpandang sekumpulan remaja-remaja yang aku rasa linkungan belasan tahun, yang menjadi tanda tanya di sini, kenapa gaya dan perangai mereka belagak ala-ala samseng? tak sedar ke badan tu kecik!
boleh pula buat kecoh depan orang ramai, gaduh-gaduh bajet ada orang nak respect.

Yang menjadikan aku malu adalah kebanyakkan budak-budak yang ala-ala samseng ini berbangsa melayu. Dengan pakai spek mata besar, suara pun nak tiru serak-serak ala gangster luar negara, jalan pun nak berkepak sedangkan di tubuh tiada susuk otot pun, pandang orang tua pun tiada rasa hormat.

Hoi budak!, kau fikir dengan cara kau belagak hebat, masa depan kau akan terjamin? Sedarlah, kau tu budak lagi, mak-bapak masih beri duit belanja sekolah, tidur pun di rumah mak-bapak, kalau masih bersekolah buat cara bersekolah, jangan bajet kau dah bekerja.

Wahai budak-budak sekarang, berubahlah dari sekarang, belum pasti dengan perangai belagak gangster tu menjamin korang dapat kerja!

19.7.10

Mamak Yang Hampeh!

Share On Facebook

Salam semua, selamat datang ke blog baru tuan punya blog bom321.blogspot.com iaitu Mr.bom321, blog ini diterbitkan untuk berkongsi cerita personal tentang kisah, peristiwa, tragedi yang dilalui oleh aku sendiri (Mr.bom321) sendiri sama ada benar atau tidak, percaya atau tak, terpulang kepada korang. yang penting korang sudi membacanya, untuk story pertama yang hendak aku ceritakan adalah tentang MAMAK YANG HAMPEH!

Seperti mamak-mamak biasa selalunya tak faham maksud air suam, kalau mintak air suam,
mamak akan bagi air panas jugak...

Pada satu malam aku pergi ke sebuah kedai mamak untuk menonton satu perlawanan bola fifa, setelah aku mendapatkan kerusi untuk duduk, seperti biasa mamak pun sampai untuk memulakan tugasnya sebagai pengambil order...

MAMAK: "bos, minum?".

AKU: "bagi saya milo panas, letak ais sikit supaya jadi suam ok".

MAMAK: "ok bos, makan?".

AKU: "taknak".

MAMAK: "ok bos".

5 minit kemudian, mamak pun tiba dengan air yang aku order, yang menjadi HAMPEH kat sini
adalah kenapa mamak tu bagi aku dengan tiga cawan sekali?

AKU: "Wei mamak, apahal 3 cawan kau bagi aku"

MAMAK: "Tadikan bos mintak milo panas, ais dan air suam"

AKU: "badigol punya mamak".

Itulah kejadian HAMPEH yang jadi pada aku malam tu, perasaan marah sampai nak pukul mamak tu dengan helmet telah disekat dengan gelak ketawa aku yang sampai keluar air mata.

AKU: "Aku ke yang HAMPEH atau mamak tu yang HAMPEH?"

2.6.10

Blog akan start pada bulan 7/2010 :D

Share On Facebook

benda baru dari bom321!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Artikel Terkini :