Ads 468x60px

27.4.11

Review Filem Penunggu Istana

Share On Facebook

Review Filem Penunggu Istana

27 april jam 3 petang aku dengan member-member pergi lepak di Wangsa Walk, Terasa nak tengok wayang, Apa lagi terus naik ke TGV, minggu lepas dah tengok filem senjakala, kali ini tengok filem seram juga yang bertajuk PENUNGGU ISTANA, seram tak tajuk tu? macam seram je, katanya filem ini kisah benar, benar ke? macam tipu je, apa lagi dah pukul 3.30 kitorang pun masuk panggung...


Kajian ini dilakukan oleh 5 orang pelajar yang bernama YAYA, MUS, AMAR, SARA dan FIRA, Uncle Seekers dan krew seekers sebagai pelakon pembantu.

Bermula dengan kisah sekumpulan pelajar ingin membuat kajian Paranormal di Istana Billah Perak ditemani oleh Uncle Seeker dan beberapa orang krew Seekers, semasa mereka sampai ke Istana tersebut, ada yang main-main, cakap besar dan sebagainya,
dan mereka pun membuat kajian, dari kajian yang mereka lakukan berjaya mendapatkan hasil tersebut, tetapi salah seorang diantara MUS cuba rancang untuk menipu dalam projek mereka, mereka memanjangkan lagi tempoh membuat kajian sehingga perkara misteri berlaku, seorang demi seorang di gangguan, Sehingga AMAR seorang dari mereka hilang, disitu berlakulah kekecohan, AMAR muncul semula membunuh MUS dan FIRA, yang lain-lain tak pasti hidup ke tak.

Dari apa yang aku nampak dalam filem Penunggu Istana ini ada 2 kemungkinan
Kemungkinan 1 : Kisah ini benar belaka
Kemungkinan 2 : Kisah ini tipu belaka

Faktor filem ini kisah benar belaka adalah:
Permulaan dan akhir cerita ada tulisan ini "Takziah kepada keluarga MUS dan FIRA" dan "Kerjasama pihak polis". takkan mati-mati pun nak dibawa main kot.

Faktor filem ini kisah tipu belaka adalah :
1) Percakapan pelajar tersebut seolah-olah mengikut skrip.
2) Kalau ada kes bunuh-bunuh ni, takkan tak keluar kat berita!
3) Kes bunuh-bunuh takkan ditayang di filem!
4) Semasa scene AMAR hilang, ternampak kelibat krew sedang tunduk sebalik pintu. KANTOI!

Tetapi yang pasti filem ini memang lakonan semata-mata seperti filem "Paranormal Activity"


Apa-apa pun syabas dengan filem ini kerana menghasilkan sesuatu lain dari yang lain dalam industri filem Malaysia.

Review Filem Penunggu Istana
Ini dia SARA ALI pelakon comel berambut pendek dalam filem Penunggu Istana, sudah rambut panjang lagi bertambah comel!

(Sori takda mood nak tulis review sebenarnya, cincailah!)
p/s: Hari tu terserempak dengan Uncle Seekers kat MBO Galaxy Ampang, mungkin pergi tengok penunggu istana kot!


4.4.11

Review Filem Just Go With It

Share On Facebook

just go with it
Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menonton wayang di TGV KLCC, Pilih punya pilih filem apa yang nak ditonton, akhirnya Filem Just Go With It menjadi pilihan, Filem Just Go With It lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston sebagai watak utama.

Filem ini mengisahkan tentang Danny (Adam Sandler) seorang doktor pakar pembedahan plastik ingin mengahwini seorang wanita muda Palmer (Brooklyn Decker), Danny yang meminta Katherine (Jennifer Aniston) yang juga pembantunya itu untuk berbohong kepada Palmer dengan mengatakan dirinya telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak, pembohongan bermula semasa mereka semua pergi bercuti ke Hawaii, dari situ bermulalah kisah-kisah romantik dan lucu sehinggakan Danny telah berubah hati dan memilih Katerine sebagai teman hidupnya.

Filem ini romantik dan sangat lucu ditambah dengan gelagat dua orang kanak-kanak iaitu Bailee Madison dan Griffin Gluck.

p/s: Tak tau nak cakap apa, yang tau hanya filem ini membuatkan korang sentiasa tergelak!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...