Ads 468x60px

30.11.10

Menonton Filem The Social Network Tajaan ManggaAd

Share On Facebook

Menonton Filem The Social Network Tajaan ManggaAd

Pada 8.30 malam Mr.BOM321 berkesempatan menonton filem The Social Network di Pawagam TGV Sunway Pyramid bersama 4 orang rakan yang ditaja oleh sebuah syarikat pengiklanan untuk blog yang popular masa kini iaitu ManggaAd, setibanya di TGV, ramai blogger sudah berkumpul untuk mendapatkan tiket, tayangan bermula jam 9 malam.

The Social Network memaparkan kisah seorang pelajar Harvard iaitu Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya membangunkan laman rangkaian sosial terkenal Facebook. pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Mark untuk membangunkan Facebook, sebelum lahirnya Facebook, Mark telah membangunkan sebuah laman Facemash.Com yang menjadi kontroversi di Harvard sehinggakan berbagai tindakan displin dikenakan ke atas Mark, setiap ketekunan yang dilakukan untuk membangun Facebook diakhiri dengan pencapaian Mark sebagai seorang Billionaire

Perwatakan yang agak selamba dibawakan oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg membuatkan penonton tertawa, filem ini amat sesuai ditonton oleh pelajar, graduan, atau sesiapa sahaja yang meminati bidang IT, filem ini juga menjadi inspirasi Mr.BOM321 untuk meneruskan minat dalam rangkaian sosial.

Terima-kasih ManggaAd kerana menaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...