Ads 468x60px

11.10.11

Nasib Gadis Selalu Puji Teman Lelaki Di Facebook

Share On Facebook

Ada seorang kenalan aku (GadisXXX - Bukan Nama sebenar) di facebook yang rutin setiap harinya dipenuhi dengan status pujian terhadap BFnya, Pujian seperti baik, penyayang, cinta, bertanggungjawab dan segala macam pujian yang boleh membuat orang lain termuntah tanpa sedar setiap hari memenuhi wall facebooknya, kadang-kadang diri ini terasa ingin "Unfriend" kerana semak dipenuhi status gila dia, nak buat macam mana, kawan tetap kawan, terpaksalah terima.

So nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku lepak dan online facebook di kedai mamak, dan si GadisXXX pun sedang online facebooknya juga dan seperti rutin biasa wall-wallnya masih dengan pujian terhadap BFnya yang bertuah,
Nak ditambah cerita lagi, apa yang terpandang didepan mata aku pasangan yang sedang duduk berkepit erat dengan penuh kasih sayang dengan adegan mencium pipi adalah BF kepada gadis yang malang iaitu GadisXXX, dianggap malang kerana bukan GadisXXX yang berada disisi lelaki tersebut tetapi Wanita yang jauh lebih cantik dan menarik, pasangan ini mungkin baru balik dari bershopping kerana banyak bungkusan barang diletak atas meja mereka.
Sambil aku menonton pasangan bermain wayang didepan mata bermulalah juga perbualan antara aku dengan Gadisxxx di facebook chat.


MistaBOM: "XXX,Salam, kau buat apa?"

GadisXXX: "Asignment, kenapa?"

MistaBOM: "Kalau aku tanya sikit kau jangan kata aku penyibuk pulak"

GadisXXX: "Cakap je la"

MistaBOM: "Kenapa kau asik puji sangat BF kau?"

GadisXXX: "BF aku sayang aku, mestilah aku puji, kau takde awek apa kau tau"

MistaBOM: "Apa bukti BF kau sayang kau sampai kau duk memuji 24jam"

GadisXXX: "Dia janji nak kahwin dengan aku, mestilah aku kena jaga dia betul2"

MistaBOM: "So kau yakinlah dia takde girl2 lain ke?"

GadisXXX: "Apahal kau cakap macam tu?, kau nak cari pasal ke?"

MistaBOM: "Saja je aku tanya"

GadisXXX: "Aku kenal BF aku, dia takkan tipu aku, dia memang cinta aku"

MistaBOM: "Oo macam tu, so mana BF kau? kau tak keluar dengan dia ke?"

GadisXXX: "Dia busy, dah sebulan aku tak date ngan dia, aku pun taknak ganggu dia sebab dia kata nak cari duit nak masuk minang aku, nanti dia dah free baru aku keluar ngan dia"

MistaBOM: "Busy??? sedih aku tengok kau..."

GadisXXX: "Kenapa?"

MistaBOM: "takda apa, kau nak dengar satu ungkapan tak?"

GadisXXX: "Apa dia?"

MistaBOM: "Tengok Taik Nampak Coklat, mesti kau tak pernah dengarkan?"

GadisXXX: "Bodoh ar kau..."

MistaBOM: "Lagi bodoh kau dari aku, bye Salam"


Dan selepas itu aku pun mahu caj notebook aku yang dah nak kehabisan bateri, di meja pasangan tersebut terdapat socket elektrik,
aku pun pergi untuk mencucuk plug charger meja pasangan tersebut. dan bermulalah perbualan pendek antara aku dan BF gadisXXX...


MistaBOM: "Bro, tumpang charge kat sini boleh"

LelakiXXX: "No hal"

MistaBOM: "Thank, banyak barang, baru balik shopping dengan awek ke?"

LelakiXXX: "Beli barang sikit untuk tunang"

MistaBOM: "Oo tunang, ingat ke awek"

LelakiXXX: "baru 2 minggu bertunang"

MistaBOM: Congrat bro..

LelakiXXX: thank bro.


Aku tidak akan memberi tahu kepada GadisXXX mengenai kes ini, supaya aku tidak dianggap penyibuk, biarlah dia sendiri dapat tahu dari orang lain.
dan aku amat kesian dengan girl2 yang akan melalui situasi seperti ini.

Tatkala perempuan terlalu gila terhadap lelaki,
tatkala itulah lelaki main gila terhadap perempuan.

kepada girl2 lain, jangan duk puji dan bermegah2 sangat pada BF anda melainkan anda sudah "bernikah",
kisah ini bukanlah untuk mengutuk atau menghina, tetapi menasihat wanita supaya tidak ditipu,
aku lelaki aku tahu apa lelaki mahukan dari wanita,
bukan semua lelaki adalah penipu, dan bukan semua lelaki baik.

22.6.11

Gift Away Dari BroFramestone Buat Pengguna Advertlets

Share On Facebook

Hai kepada yang membaca blog aku, kali ini aku nak join giveaway dari Broframestone tentang Advertlets.

bom321 advertlets
(Ini gambar Broframestone bersama-sama cewek imut bangat,
kenapa bukan aku yang berada ditengah-tengah tu...)



Screenshot Daily Earning Advertlets aku.

bom321 advertlets



Beberapa pendapatan yang telah diterima.

bom321 advertlets

Pengalaman Dengan Advertlets:

Aku mula sertai Advertlets pada Mac 2010 dan pernah berputus asa kerana tidak dapat pembayaran lebih dari 3 bulan, walau bagaimanapun aku tetap menunggu pembayaran dari Advertlets dan sememangnya pembayaran untuk aku tetap ada cuma agak lambat.

Apa yang boleh dikatakan disini, Advertlets memberikan pendapatan yang amat lumayan berbanding Nuffnang, Jika Impression blog korang tinggi sememangnya digalakkan menggunakan Advertlets dan semestinya korang akan masyuk!

So sekarang tidak jadi masalah Advertlest untuk memberi pembayaran kepada aku, dan aku pun dah dibayar berkali-kali, kepada yang dah buat artikel "Adverlets tak bayar blogger" tu ibarat anda menolak rezeki yang menunggu.

Aku juga pernah ditawarkan oleh Josh Lim (Manager Advertlets) untuk mendapat Eksklusif publisher dimana boleh menerima sponsored post dan sponsore tweet program.
Tetapi dengan syarat perlu membuang periklanan yang lain. walau bagaimana pun aku belum bersedia untuk menerima syarat tersebut.

So buat masa ini, sememangnya Adverlets memberikan pendapatan yang lumayan sehinggakan aku boleh cashout setiap 4-7 hari. InsyaAllah mana tahu ada rezeki lebih, setiap hari boleh cashout.

Pengalaman Menarik Dengan Advertlets:

Pengalaman menarik semestinya pembayaran yang tinggi, disamping itu Manager Advertlets Josh Lim juga selalu memberikan feedback untuk setiap pertanyaan.

Pengalaman Kurang Menarik Dengan Advertlets:

Sememangnya ramai yang dah tahu, Advertlets agak lambat membayar pendapatan, tetapi pembayaran tersebut tetap diterima. (Kepada yang belum terima pendapatan, anda jangan mudah berputus asa, ada rezeki, duit terus masuk dalam bank anda...)

Konklusinya:

Advertlets memang terbaik dari segi kuantiti dan pendapatannya, Nuffnang terbaik dari segi komunitinya, Innity terbaik dari segi rangkaiannya.

So kepada sesiapa yang nak join giveaway broframestone ni, Jom ke sini:
Give Away Broframestone Untuk Pengguna Advertlets

16.6.11

Laman GengBlogger Di Godam

Share On Facebook

Laman GengBlogger Di Godam

Semasa aku mahu melayari laman gengblogger.com sekitar 6.30 tadi terpapar satu gambar wajah seperti logo hacker anonymous (lihat gambar di atas), siap bagi link semua list blog dibawah laman gengblogger. tidak pasti siapa yang melakukan godaman ini.

"focusing on popular blogger only? promote then too ***..."


15.6.11

Adakah SKMM Telah Membuat Kajian Sebelum Menyekat Laman Muat Turun?

Share On Facebook


Laman muat turun telah disekat oleh SKMM bermula semalam, antara laman yang disekat adalah laman muat turun popular iaitu megaupload.com, Adakah SKMM telah membuat kajian sebelum menyekat laman muat turun?

Disini aku memberikan 2 situasi mudah kesan penyekatan laman muat turun, sebelum itu perlu diingatkan laman muat turun bukan satu-satunya laman untuk muat turun video, filem dan lagu, sebaliknya digunakan oleh orang ramai untuk menghantar sesuatu fail / dokumen/ tugasan dalam saiz yang besar.

SITUASI 1 :
Jika seorang individu menggunakan laman megaupload.com sebagai laman utama membuat perkongsian maklumat / tugasan dalam hal pekerjaan. Individu A yang sedang berada di Amerika menghantar maklumat kerja (penting) kepada Individu B yang sedang berada di Malaysia melalui laman megaupload.com (pakej perkhidmatan premium - berbayar), bagaimanakah Individu B ingin menerima maklumat/ tugasan tersebut?
jika anda ingin menjawab "pakailah laman lain", itu bukan sesuatu yang bijak kerana hak pengguna untuk memilih khidmat terbaik.

SITUASI 2 :
Jika Individu telah membeli pakej perkhidmatan premium (berbayar) secara sah untuk penggunaan selama 2 tahun dengan nilai rm300, apakah yang akan diterima oleh individu tersebut ? KERUGIAN?

Adakah SKMM telah mengkaji 2 situasi ini sebelum menyekat laman muat turun?



9.6.11

Review Filem KL Gangster

Share On Facebook



Semalam aku menonton filem KL Gangster pada jam 11.55pm di wangsa walk mall, aku ingin memberikan review pendek tentang filem ini.

Sedikit pengenalan tentang filem KL Gangster:

Sinopsis pendek:
Filem ini berkisarkan tentang kumpulan kongsi gelap yang merebut kawasan untuk perniagaan haram mereka, perebutan kawasan dan pangkat mencetuskan pergaduhan antara samseng yang juga adik-beradik.

Filem ini dilakonkan oleh:
Aaron Aziz Sebagai Malek
Adyputra Sebagai Jai
Zizan Sebagai Fadil
Syamsul Yusof Sebagai Shark
Ridzuan Hashim Sebagai King
Shoffi Jikan Sebagai Jib
Adam Corrie Sebagai Dragon

Filem ini dikatakan SANGAT MENARIK kerana:
Padat dengan aksi berlawanan yang tangkas.
Tiada kisah percintaan.
Tiada waktu lengah.
Watak-watak gangster yang menjadi.
Lawak selamba dari Zizan Raja Lawak
Lengkap, terdapat unsur sedih, lawak dan aksi.

Walaupun berdurasi hanya 1 Jam 15 Minit, tetapi akan rasa seperti sedang menonton filem yang berdurasi 2 Jam 30 Minit.

Aku bagi 4/5 untuk filem ini.




Respek dengan Syamsul, Sambil mengarah boleh berlakon!


18.5.11

Pendapatan Dari Blog

Share On Facebook

Pendapatan Dari Blog
Ramai dikalangan blogger inginkan pendapatan sampingan hasil dari blog masing-masing, walaupun tidak sebanyak mana, pendapatan tersebut amat bernilai, tetapi sesetengah blogger popular tidak mengalakkan blogger-blogger baru untuk membuat income sampingan melalui blog seperti meletakkan iklan nuffnang, advertlets, innity dan sebagainya, kata mereka, perkara sebegini bukan matlamat utama untuk menjadi seorang blogger, tetapi kebanyakkan blogger popular sendiri meletakkan iklan di dalam blognya, kita sebagai blogger baru hanya mengikuti kata-kata dari mereka sedangkan mereka sendiri menerima income dan mengambil kesempatan terhadap diri kita untuk mendapatkan lebih keuntungan. Akhirnya kita sendiri yang rugi.

Jadi jika anda membuat blog dan teringin untuk mendapatkan sedikit pendapatan darinya, jangan takut untuk meletakkan iklan, kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah, tidak rugi pun mencari sedikit pendapatan sampingan untuk diri sendiri, mana tahu suatu hari nanti anda boleh kaya dengan blog!

27.4.11

Review Filem Penunggu Istana

Share On Facebook

Review Filem Penunggu Istana

27 april jam 3 petang aku dengan member-member pergi lepak di Wangsa Walk, Terasa nak tengok wayang, Apa lagi terus naik ke TGV, minggu lepas dah tengok filem senjakala, kali ini tengok filem seram juga yang bertajuk PENUNGGU ISTANA, seram tak tajuk tu? macam seram je, katanya filem ini kisah benar, benar ke? macam tipu je, apa lagi dah pukul 3.30 kitorang pun masuk panggung...


Kajian ini dilakukan oleh 5 orang pelajar yang bernama YAYA, MUS, AMAR, SARA dan FIRA, Uncle Seekers dan krew seekers sebagai pelakon pembantu.

Bermula dengan kisah sekumpulan pelajar ingin membuat kajian Paranormal di Istana Billah Perak ditemani oleh Uncle Seeker dan beberapa orang krew Seekers, semasa mereka sampai ke Istana tersebut, ada yang main-main, cakap besar dan sebagainya,
dan mereka pun membuat kajian, dari kajian yang mereka lakukan berjaya mendapatkan hasil tersebut, tetapi salah seorang diantara MUS cuba rancang untuk menipu dalam projek mereka, mereka memanjangkan lagi tempoh membuat kajian sehingga perkara misteri berlaku, seorang demi seorang di gangguan, Sehingga AMAR seorang dari mereka hilang, disitu berlakulah kekecohan, AMAR muncul semula membunuh MUS dan FIRA, yang lain-lain tak pasti hidup ke tak.

Dari apa yang aku nampak dalam filem Penunggu Istana ini ada 2 kemungkinan
Kemungkinan 1 : Kisah ini benar belaka
Kemungkinan 2 : Kisah ini tipu belaka

Faktor filem ini kisah benar belaka adalah:
Permulaan dan akhir cerita ada tulisan ini "Takziah kepada keluarga MUS dan FIRA" dan "Kerjasama pihak polis". takkan mati-mati pun nak dibawa main kot.

Faktor filem ini kisah tipu belaka adalah :
1) Percakapan pelajar tersebut seolah-olah mengikut skrip.
2) Kalau ada kes bunuh-bunuh ni, takkan tak keluar kat berita!
3) Kes bunuh-bunuh takkan ditayang di filem!
4) Semasa scene AMAR hilang, ternampak kelibat krew sedang tunduk sebalik pintu. KANTOI!

Tetapi yang pasti filem ini memang lakonan semata-mata seperti filem "Paranormal Activity"


Apa-apa pun syabas dengan filem ini kerana menghasilkan sesuatu lain dari yang lain dalam industri filem Malaysia.

Review Filem Penunggu Istana
Ini dia SARA ALI pelakon comel berambut pendek dalam filem Penunggu Istana, sudah rambut panjang lagi bertambah comel!

(Sori takda mood nak tulis review sebenarnya, cincailah!)
p/s: Hari tu terserempak dengan Uncle Seekers kat MBO Galaxy Ampang, mungkin pergi tengok penunggu istana kot!


4.4.11

Review Filem Just Go With It

Share On Facebook

just go with it
Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menonton wayang di TGV KLCC, Pilih punya pilih filem apa yang nak ditonton, akhirnya Filem Just Go With It menjadi pilihan, Filem Just Go With It lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston sebagai watak utama.

Filem ini mengisahkan tentang Danny (Adam Sandler) seorang doktor pakar pembedahan plastik ingin mengahwini seorang wanita muda Palmer (Brooklyn Decker), Danny yang meminta Katherine (Jennifer Aniston) yang juga pembantunya itu untuk berbohong kepada Palmer dengan mengatakan dirinya telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak, pembohongan bermula semasa mereka semua pergi bercuti ke Hawaii, dari situ bermulalah kisah-kisah romantik dan lucu sehinggakan Danny telah berubah hati dan memilih Katerine sebagai teman hidupnya.

Filem ini romantik dan sangat lucu ditambah dengan gelagat dua orang kanak-kanak iaitu Bailee Madison dan Griffin Gluck.

p/s: Tak tau nak cakap apa, yang tau hanya filem ini membuatkan korang sentiasa tergelak!


13.1.11

Review Filem Faster Lakonan The Rock !

Share On Facebook

Review Filem Faster Lakonan The Rock !
Pada 10 januari 2010 jam 9 malam bertempat di TGV KLCC, BOM321 berpeluang menonton tayangan filem Faster lakonan Dwayne Johnson yang lebih dikenali dengan panggilan The Rock.

BOM321 menerima 5 tiket tajaan dari syarikat pengiklanan ManggaAd, filem yang bergenre Aksi itu mampu membuat penonton terkejut ditambah dengan adegan-adegan yang sangat ganas dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sedikit sinopsis filem Faster :

Selepas dipenjara selama 10 tahun, Driver mempunyai matlamat untuk membalas dendam atas kematian adiknya yang mati dari tidak sempurnaan misi rompakan dan menyebabkan dirinya dipenjara. Misi membalas dendam oleh Driver diekori oleh seorang polis veteran dan seorang pembunuh upahan, perjalanan cerita menjadi menarik setelah memulakan misi untuk membalas dendam



Review Filem Faster Lakonan The Rock !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...