Ads 468x60px

30.8.10

Kisah Nenek Selepas Tarawikh !

Share On Facebook


Seperti pada kebiasaan masjid, semestinya selepas solat sunat tarawikh terdapatnya sedikit jamuan ringan di hidangkan kepada hadirin dan jemaah, setelah selesai jamuan makan, aku pun meringankan tulang untuk membantu untuk mengangkat dulang kuih-muih dan mengemaskan apa yang perlu, semasa hendak mengambil dulang di khemah jamuan makan perempuan, terlihat seorang nenek seperti sedang menunggu seseorang, dihadapan nenek terhidang 3 dulang kuih muih yang tidak abis dijamah, dan 1 cerek air teh yang masih penuh, bermulalah dialog antara aku dan nenek...

Aku: nek, tunggu orang ke?

Nenek: takdelah, saja rehat-rehat kat sini kejap...

Sedang aku ingin mengangkat dulang yang masih berisi kuih-muih, nenek bertanya pada aku...

Nenek: kau nak buat dengan kuih muih tu

Aku: Nak cuci dulang ni...

Nenek: Abis kuih tu?

Aku: saya buang la nek, mana ada orang nak makan lagi..

Nenek: Ish! kesian kuih tuuuu... kenapa kau tak bungkus bawak balik...

Aku: saya tak suka nak bungkus2 ni, lagi pun orang masjid pun takde yang nak...

Nenek: Ish! tak baik buang kuih tu, meh bagi nenek 5 biji kuih ....

Aku: Ambiklah nek...

Aku menghulurkan sedulang kuih kepada nenek, lantas nenek mengeluarkan satu pelastik besar yang berukuran pelastik membeli belah Tesco dari beg tangannya, dengan selamba nenek memasukkan 3 dulang kuih yang tidak abis kedalam plastik yang dibawanya Aku pun nerkata dalam hati "nenek itu bercakap ingin mengambil 5 biji kuih? atau aku ke yang pekak", aku pun membiarkan nenek itu membungkus kuih muih tersebut, dan selepas itu aku pun memanggil seorang rakan aku untuk mengangkat cerek yang masih dipenuhi air teh, nenek pun berkata pada aku...

Nenek: kau nak bawak kemana air tu?

Aku: nak basuh cerek ni nek!

Nenek: Ish, kan banyak lagi air dalam tu...

Aku bercakap dalam hati "aik, bila masa pulak dia tinjau dalam cerek ni"

Aku: saya buang je nanti nek

Nenek: Ish! membazir! bak sini cerek tu

Aku pun memberi cerek pada nenek, nenek mengambil lagi plastik yang memang untuk membungkus air seperti kebiasaan di kedai makan di dalam beg tangannya, aku sempat skodeng dalam beg tangannya, apa yang ada hanyalah gompolon plastik mengisi makanan dan air, setelah nenek menuang air kedalam plastik-plastik yang dibawanya, nenek itu terus pulang baru aku tau kenapa nenek menunggu disitu, rupanya nenek mahu bungkus makanan.
bagus juga nenek itu mengambil kuih dan air, takdelah aku nak kena buang-buang, dan pada hari itu nenek masih kelihatan sama seperti sediakala, tapi kali ni di tak perlu buat-buat tanya pasal kuih kerana AKU SENDIRI YANG BUNGKUS UNTUK NENEK!

p/s : nenek tu bukan nenek aku!

1 Komen:

^aiza.izan^ said...

kawan mak aku ade sorang camtu..
dalam beg dia memang da tersedia beg plastik..
yang paling tak bes, dia bungkus siap2 makanan2 yang ada dari SEMUA surau2 yang dia pergi n tinggalkan SIKIT untuk orang lain alas perut je..
mak aku penah tanya kenapa wat camtu?
dia jawab malas nak masak..
n rupa2nya anak beranak dia pun da diajar membungkus makanan2 untuk orang surau makan..
n suma orang pun tau perangai dia camtu..heh!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Artikel Terkini :