Ads 468x60px

19.7.10

Mamak Yang Hampeh!

Share On Facebook

Salam semua, selamat datang ke blog baru tuan punya blog bom321.blogspot.com iaitu Mr.bom321, blog ini diterbitkan untuk berkongsi cerita personal tentang kisah, peristiwa, tragedi yang dilalui oleh aku sendiri (Mr.bom321) sendiri sama ada benar atau tidak, percaya atau tak, terpulang kepada korang. yang penting korang sudi membacanya, untuk story pertama yang hendak aku ceritakan adalah tentang MAMAK YANG HAMPEH!

Seperti mamak-mamak biasa selalunya tak faham maksud air suam, kalau mintak air suam,
mamak akan bagi air panas jugak...

Pada satu malam aku pergi ke sebuah kedai mamak untuk menonton satu perlawanan bola fifa, setelah aku mendapatkan kerusi untuk duduk, seperti biasa mamak pun sampai untuk memulakan tugasnya sebagai pengambil order...

MAMAK: "bos, minum?".

AKU: "bagi saya milo panas, letak ais sikit supaya jadi suam ok".

MAMAK: "ok bos, makan?".

AKU: "taknak".

MAMAK: "ok bos".

5 minit kemudian, mamak pun tiba dengan air yang aku order, yang menjadi HAMPEH kat sini
adalah kenapa mamak tu bagi aku dengan tiga cawan sekali?

AKU: "Wei mamak, apahal 3 cawan kau bagi aku"

MAMAK: "Tadikan bos mintak milo panas, ais dan air suam"

AKU: "badigol punya mamak".

Itulah kejadian HAMPEH yang jadi pada aku malam tu, perasaan marah sampai nak pukul mamak tu dengan helmet telah disekat dengan gelak ketawa aku yang sampai keluar air mata.

AKU: "Aku ke yang HAMPEH atau mamak tu yang HAMPEH?"

1 Komen:

ZooL Hilmi said...

hehhehe...macam kelakar je... hahahaha... ni mesti kes dulu mamak tu lari dari sekolah... tu pasal lah... orang cakap dia tak faham....hahaha.. BAHASA MELAYU fail...hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...