Ads 468x60px

9.6.11

Review Filem KL Gangster

Share On Facebook



Semalam aku menonton filem KL Gangster pada jam 11.55pm di wangsa walk mall, aku ingin memberikan review pendek tentang filem ini.

Sedikit pengenalan tentang filem KL Gangster:

Sinopsis pendek:
Filem ini berkisarkan tentang kumpulan kongsi gelap yang merebut kawasan untuk perniagaan haram mereka, perebutan kawasan dan pangkat mencetuskan pergaduhan antara samseng yang juga adik-beradik.

Filem ini dilakonkan oleh:
Aaron Aziz Sebagai Malek
Adyputra Sebagai Jai
Zizan Sebagai Fadil
Syamsul Yusof Sebagai Shark
Ridzuan Hashim Sebagai King
Shoffi Jikan Sebagai Jib
Adam Corrie Sebagai Dragon

Filem ini dikatakan SANGAT MENARIK kerana:
Padat dengan aksi berlawanan yang tangkas.
Tiada kisah percintaan.
Tiada waktu lengah.
Watak-watak gangster yang menjadi.
Lawak selamba dari Zizan Raja Lawak
Lengkap, terdapat unsur sedih, lawak dan aksi.

Walaupun berdurasi hanya 1 Jam 15 Minit, tetapi akan rasa seperti sedang menonton filem yang berdurasi 2 Jam 30 Minit.

Aku bagi 4/5 untuk filem ini.




Respek dengan Syamsul, Sambil mengarah boleh berlakon!


0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...